Followers

Wednesday, May 27, 2009

Victor Merah lagi Murah.

1980yen sahaja. Paling murah berbanding headphone lain yang ada. Biasa dalam 4-5ribu yen.

Kalau tak silap, ini masuk kali ke-4 saya beli headphone. Satu bagi orang, satu kene curik kat Paris(dengan iPod sekali..), satu lagi dah bagi ayahanda pakai kat rumah.

Kenapa beli headphone? Adakah ia satu keperluan? Jawabnya, sangat-sangat perlu.

1-Earphone leceh, susah nak pakai kalau dah siap-siap pakai tudung. Nak cabut, dan pakai balik lagi la susah.

2-Headphone dapat memberitu orang sekeliling yang kita ini tidak dapat mendengar apa-apa pun yang sedang berlaku (dengar sikit mungkin, cuma tidak jelas). Kerana saya pakai tudung, orang tidak tahu yang telinga saya sudah disumbat earphone dan menganggap bahawa saya pura-pura tidak mendengar apabila dipanggil. 3-Kalau masa puasa, rasa lebih selesa kalau tak masukkan apa-apa dalam lubang telinga (^_-).

4-Bunyi headphone lebih surround dan real.

.... itu sahaja buat masa ini. Akan saya tambah kalau-kalau teringat poin baru.

#Apa agaknya yang saya selalu dengar sampai headphone menjadi keperluan...?(^-^)v

2 comments:

Simon Malik said...

giler la korg.. respek dua tgn aku

Simon Malik said...

jagalah telinga anda sebaiknya.. bukannya sy tak tau, brapa vol yg anda biasa dgr..