Followers

Thursday, May 22, 2008

Izzah dengan berani (partII)

"Susah betul rasanya nak solat kat university ini.

Nama pun christian university yang ada church tersergam di tengah-tengah sekolah."

Kalau bukan di bawah tangga bangunan E, belakang mesin beli air bangunan F pun boleh solat. Kalau sibuk ada kelas di bangunan B, di tangga tingkat 7 juga boleh solat. Kalau tak, boleh je risk sikit untuk solat di perpustakaan. ~Tidak ada alasan untuk tidak solat. Rosaknya solat kita, rosaklah hubungan kita dengan Pencipta kita, rosaklah agama kita.

Pada hari itu, solatku telah diganggu.

"Moshi-moshi...? moshi-moshi..?"

Masakan boleh aku menjawab 'salam'nya itu? Aku sedang ber'dating' dengan tuhanku, tak nampak ke..?? Berlalu pergi juga pak guard tua itu dengan terpinga- pinga. Naik sakit jantung jugak sebab tak tahu nak buat apa. cuak? takut? entahlah.


Akhirnya aku mulai benci dengan ketakutanku. Kalau-kalau ada orang ternampak, atau tegur aku bersolat di dalam kawasan sekolah. Ketakutan yang juga boleh meruntuhkan aqidahku. Aku mahukan tempat yang selesa untuk solat. Aku tak pedulik, dan terus aku ke Student Center. (selagi tak cuba aku tak tahu..lantaklah sekolah kristian ke hindu ke, aku orang islam perlu solat dengan sempurna.)

"Saya selalu solat di tangga tingkat 7 bangunan B. Kalau boleh, saya nak kebenaran untuk bersolat disitu tanpa diganggu..." ~setelah berbincang dengan pegawai di situ (dalam 5 minit), dia pun berjanji akan bertanya dengan pegawai keselamatan dan pegawai atasan.


Dan pada hari ini, telah rasminya tangga tingkat 7 itu menjadi tempat solat saya; termasuk jugalah sebuah ruang diskusi yang kosong yang saya boleh gunakan untuk solat. =)Ureshiinyer sayer~!


#Bukan itu sahaja, saya telah berani untuk menyatakan bahawa saya tidak akan join gathering yang ada arak satu meja dengan saya. Konpa(コンパ) ke, nomikai(飲み会) ke korang boleh jalan dengan najis itu. Saya tak rugi satu sen pun. Dengan baik hatinya, mereka masih menjemput saya, dan buat special table yang tidak ada satu arak pun boleh pergi pada meja itu. (nadia san tak suka..)



Oleh itu, kenapa kita perlu rasa takut untuk berasa izzah? Allah itu disisi kita. Kita hanya perlu bertawakal kepadanya. Islam kini sedang dagang. Jika kita tak boleh perjuangkan islam untuk diri sendiri, bagaimana kita bisa perjuangkan islam ini untuk ummah?


~sekian~

4 comments:

misoshiru2312 said...

salam niea..

kandou shichatta...
alhamdulillah..dengan adanya keberanian dan rasa izzah sbg seorg muslim..xde apa yg perlu kita takutkn selain DIA..semoga terus tabah disana..=)..akak pun dulu solat kat tingkat plg atas bgunan..hihi..

p/s:bolela publish kat IniCeritaKITA..akak xde idea nak tulis ape lagi..hihi..

~sayang niea jugak..=P

[MH] said...

salam...
di mesir ni,boleh nampak org2 sini sembahyang mana2 pun..hatta dlm kedai pun,pasti ada sediakan satu ruang utk pekerja2 kedai tu tunaikan kewajipan mereka terhadap Tuhan..

jadi,tak semestinya kena cari masjid utk solat..mana2 pun boleh..jadi takde tempat solat bukan lagi alasan utk tidak solat..satu lagi pengajaran yg saya dpt di bumi anbiya' ni..

hehe..sudah panjang sy berceloteh..apa pun,salam perkenalan..

ynf said...

aku respek ko! =)

Anonymous said...

Alhamdulillah dan syabas.. teringat kisah saya sewaktu di Chiba lebih 4 tahun dahulu. Bukan setakat solat, tapi alhamdulillah, saya bearjaya mengajar silat di sana..

teruskan..!