Monday, April 27, 2009
Kelas Buli.
Ah, apakah nasib diri ini menjadi lain dari yang lain.
Terasa sungguh istimewa, namun kadang terasa disisih.
Ah, mungkin rasa hati saja.
Jangan terlalu dibawa perasaan.
Terasing itu perasaan yang perlu.
Disisih itu perlu.
Untuk kita manusia tidak terlalu selesa.
Terlalu selesa berbicara hanya tentang dunia.
Ah, sememangnya diri ini suka bermuka-muka.
Hanya berbicara manis apabila diperlukan,
namun memanah kata-kata bagai pedang dibelakangan saja.
Sudah aku ketahui. Kelas komputer hari Isnin, aku perlu bersedia untuk tidak masuk lambat, kerana aku tahu apa yang akan berlaku. Walaupun, ia adalah benda yang 'baik', tapi aku dapat rasakan aura-aura yang tak menyedapkan hati.
Satu meja ada 2 komputer. Masuk lambat, susah nak cari meja yang kosong. Kiri-dan-kanan. Kenapa nak 2? Bukan akan pakai 1 sahaja?
Kerana aku tahu.
Kalau ada orang di sebelah, tak sampai 5 minit dia akan pindah ke tempat lain. Alasan.
Hipotesis aku betul setelah 2 kali membuat eksperimen. Tak sampai 5 minit, memang lari.
Ha ah. Aku makan orang. Lari lah.
^-^"
-Its okay. Boys yang lari. lari lagi bagus. takde la tak selesa sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment