Tuesday, November 25, 2008
Hari
Apabila bulan lepas rasa seperti hanya semalam..
Ah.. cepat sungguh masa berlalu.
Lebih banyak report, presentation, debate dan segala macam alah..
sememangnya, cepat sungguh masa berlalu.
Kesejukan hari ini seperti tidak terasa.
Orang lain dah sibuk2 memakai muffler dan jacket bulu,
aku sempoi aja berbaju Indon dan jaket sukan.
Tak mungkin sudah winter.
Cepat sungguh masa berlalu.
Sejuk.
sungguh sejuk, sampai ke tulang.
Emosi yang semakin complicated,
deria sejuk itu tidak berperasaan lagi.
Hari ini hari Selasa.
aku sudah pikirkan tentang
hari sabtu,
hari ahad.
Dan kemudian,
aku akan kembali sedar,
yang hari sabtu, ahad ku itu,
baru sahaja berlalu.
Kembalilah pada realiti.
Diri yang sekarang ini. Diri yang sebenar ini.
Yang sarat.
dengan amanah. dengan tanggungjawab.
Yang berat.
dengan kemalasan, dengan penangguhan.
Apakah kau mahu kalah dengan ini?
Kalah pada kesejukan,
dan emosi yang kering kontang?
Ternyata, lapar dahaga emosi,
dan roh itu perlu kau penuhi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hi there!
ThANKS for informing about the interview! :-)
IZ OIAM2
www.iz-one.com
Post a Comment