Followers

Thursday, July 22, 2010

Kebakar--an!

Sumpah panas. Tak rasa nak keluar rumah lansung! Parah dah ni. Selama sebulan En.Kipas berusaha menyejukkan rumah, tapi nampaknya kali ini sungguh mustahil nak bergantung padanya lagi. Anginnya pun terasa panas bahang! Aircond sudah mula bekerja. Alamak, naiklah bill elektrik bulan ni. Oh tidak----! Banyak benda lain lagi yang nak pakai duit. >_<" Suhu di Gunma hari ini adalah terpanas di Jepun ; 39.4c ! Nadiah sudah 3 hari tak ke sekolah. Esok dia ada exam pukul 4 petang. Nasib baik. Kalau tak, dia akan berendam dalam peluh lagi. Setiap kali sebelum masuk kelas, dia akan ke tandas untuk mengeringkan baju. =( Setiap hari dia makan aiskrim vanilla. Setiap hari dia tak rasa nak balik rumah. [sebelum pasang aircond] Adakah Malaysia juga panas seperti ni? Can anyone tell me?? Sudah setahun dia tidak balik ke tanah air. Kalau di Malaysia, aircond hanya di dalam kereta. Tapi sekarang, sekolah aircond, train aircond, rumah pun aircond. Tu pun masih panas tak terkata sbb kena jalan kaki kat luar. Tiba-tiba, tepat jam satu pagi, hujan turun dengan SANGAT lebat for a mere 10 seconds. MasyaAllah. Bahang diluar, seperti hilang dibasuh hujan.
Cinta hujan pada tanah
lambat-lambat aku mendongak ke langit ah! awan hitam ini pasti membawa guruh petir bagaikan, melaungkan khabar gembira pada sang tanah yang gontang di bawah 'aku membawa hujan untukmu!' tanah pun tersenyum suka.. sementelahan guruh dan petir saling bersahutan hingga syaitan durjana mendecit ketakutan angin menderu giat membawa awan ke mari bersama libasan air hujan yang dingin terpercik ke sana sini saat itu aku bagaikan ternampak senyuman pada sang rumput bagaikan makin hijau warnanya aku seolah-olah melihat bunga di pasu rakus menyedut air hujan yang bertakung di dalamnya seolah-olah terdengar nafas lega sang bunga jalan yang sebelumnya kering dan panas kini lembab dibasahi air hujan terasa basah kembali... begitu juga cinta tarbiyah pada hati.. saat tanah hati begitu kontang, maka hujan tarbiyah perlu berganda-ganda agar basahnya hati itu hingga ke akar tanah akan sentiasa kering begitu juga hati kita, akan kering pada suatu masa hujan akan sentiasa turun begitu juga tarbiyah, sentiasa mencurah-curah ada tapi, tak semua tanah beroleh hujan tapi, kita boleh jadi hati yang mau pada tarbiyah bukan? maka, rebutlah tarbiyah untuk hati kamu!
Diambil dari sini. Suka benar si Nadiah membaca nukilan ini. ^-^" Panas ke, sejuk ke.. semuanya rahmat Allah.. adeh.. kene bertahan lebih kuat sikit. Nadiah baru sedar, ada orang 'cuba' menulis namanya diatas handphone pink samsungnya yang lama. (Dia bagi orang pinjam selama sebulan. Setelah 2 bulan, ni baru dapat balik) - permanent marker pulak tu. arigatou-- T-T"

1 comment:

putih said...

salam ukhuwah!
=D

mehla dtg mesir..huhu~
kat sni pon bahang..lgi2 bile dah msuk summer..

tapi bahang2 cmne pon kite, tetap x same mcm rasulullah s.a.w dan sahabat2 yg gi perang tabuk..