Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Its my 3rd year beraya di perantauan. Haish, tahun ni rezeki tak baik, ada kelas banyak pulak esok. I guess I was lucky for the past 2 years.
Pertama kali raya kat ABK, malam raya kami berkumpul ramai2 masak rendang dan macam2. Pagi raya, sembahyang raya.. bertakbir dan makan2, sebelum pergi kelas yang start pukul 9 pagi. Lepas kelas, kami pergi beraya kat rumah senpai(senior) JPA yang buat persiapan untuk master kat sini. So, takde la rasa teruk sangat kepingin nak raya.
Tahun lepas lagi best! Raya jatuh hari sabtu. Kitorang ramai2( kecuali naza) pergi serbu Malaysia Embassy kat Shibuya. Everything went well, except for the part yg kitorang semua sakit perut dekat seminggu after that! Dengar citer, ayam kat embassy that day macam tak elok sangat.. sbb memang semua yg tak makan ayam hari tu, mmg selamat perutnya.. T-T" (naza dengan bangganya kata yang dia tahu something was not right somewhere, sbb tu dia tak pgi. cheh!)
..dan tahun ini, tak tau la kalau nak ponteng kelas ke tidak esok.
Malam raya ni, lepak kat rumah husna dengan Akane san. (Akane takde kelas esok, tu yg heret dia sekali tu) Esok pagi dlm pukul 8:30, ada solat raya kat Masjid Otsuka, Tokyo, about 1 hour train ride from here. Lepas tu, ingat nak terus pergi rumah En.Jasri(orang embassy), dia buat open house from 12tgh hari. Tapi saya ada kelas pukul 11am -2;30pm! macam mana ni.. takkan la sebab raya, nak ponteng. Sensei tu mcm takkan terima dah alasan ponteng2 nih. Ingat lepas solat raya, balik sekolah(2hours train ride), then lepas kelas, pi balik Shibuya(another 1hour train ride), pi raya.
Hampeh la nadiah.. lusa ada presentation pasal Sudan and African conflict lagi! Teammate pun tak boleh harap. Semua cakap, sbb nadiah terer english, biar dia je yg buat. lagi cepat dan senang. Yabaiisyo! Saya mahu raya!
Hampir semua video takbir raya kat YouTube tu dah diselongkar. Lagu raya pun dah berapa ribu kali duk main kat rumah husna ni. (Tak sanggup oi nak pasang lagu raya kat rumah sendiri, dengar sorang2, can go cuckooo!!)
Apa2pun, Selamat Hari Raya dan terima kasihh to all.. pembaca setia blog ini.. (*>_<*) Mintak ampun mintak maaf kalau ada terkasar bahasa.. Ada benda yg saya tulis, tak puas hati dan sebagainya, hehe.. Semoga dapat menjalani Syawal dengan baik, sebaik Ramadhan, dan mungkin lebih baik.
Selamat Hari Raya~
Aidilfitri mulia~
Ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa~
Setahun menghilang, sekarang menjelang~
Hari yang bahagia,
Selamat Hari Raya~
No comments:
Post a Comment