Followers

Tuesday, February 19, 2008

Sewa Rumah.

-taken from Niealex's TULISANDARIHATI. Kepenatan tak terhingga. Lepas sekolah terus berkejar ke Fuchinobe. Dah pukul 2 pagi, baru sampai rumah. Ah, penat!:mad: Mari saya ceritakan apa yang telah saya lakukan pada hari ini. CARA-CARA MENYEWA RUMAH DI JEPUN. (let me remind you that this is going to be long)
  • Pertama
-Cari ciri-ciri rumah yang kamu nak itu di Internet. Dimana, stesen apa, jarak dari stesen & sekolah, linkungan harga, dsb. Saya dengan 'baik'nya telah menyuruh Senpai Naza carikkan untuk saya, dan dia telah menggunakan Yahoo.co.jp sahaja.:boogie: - Tengok lah mana yang berkenan. Ini bukan proses tengok, dan terus boleh buat keputusan. Tidak! Biasanya, rumah kalau, Besar dan dekat; sangat mahal. Dekat dan sangat kecik; mahal. Besar dan sangat jauh; murah. sangat besar dan sangat jauh; sangat murah. hahaha.. macam nak gila jugak lah saya memilih hari itu. Dekat 3 minggu jugak. Tapi kalau rezeki kamu baik, memang la kamu seorang yang bernasib baik. :clap:
  • Kedua
-Telefon syarikat yang menjaga rumah yang kamu berkenan itu, dan buat temujanji untuk melihat rumah. - Dia akan bawak jalan-jalan naik kereta melihat rumah yang kamu suka itu, dan beberapa rumah lain juga yang bukan pilihan kamu, tapi yang MACAM akan menarik hati kamu, tapi MACAM akan lebih mahal dari bajet kamu. hehe..
  • Ketiga
-Kalau dah tetap hati nak yang mana, boleh lah sign perjanjian untuk sewa rumah itu. (kat sini, tak pakai sign, pakai cop. semua orang ada cop nama sendiri. saya pun ade~) okeh2.. -Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Seperti; 1. Passport 2. Kad Alien 3. Cop 4. dan tak lupa juga, duit yang BANYAK. -Harga rumah saya sebulan, 43 000yen (RM1300+) sebulan. Tapi untuk bayaran yang pertama ni, macam2 lah kene bayar dulu. Duit 'terima kasih' lah(sewa sebulan), bulan 4 punya sewa lah, bayar mangga kunci baru lah.. dan bayaran apebenda lagi lah. Total saya bayar tadi, 152 700yen (about RM 4600 kut).:stareyes:
  • KeEmpat
-Sebelum boleh membuat perjanjian rumah, kamu memerlukan seorang penjamin. Supaya, kalau kamu lari menghilangkan diri, dan tak bayar sewa, ada orang yang perlu bertanggungjawab. (Sebab kamu memang tak boleh harap. haha) Biasanya kalau pelajar, pihak universiti yang akan menjadi penjamin. Untuk itu, kamu perlu; 1. Pergi universiti, bawak - apa-apa yang boleh mengesahkan bahawa kamu akan masuk sekolah dia. - passport, kad alien. - dan maklumat mengenai rumah yang kamu dah berkenan itu. 2. Dia akan bagi borang pejabat pos, untuk bayaran menjadi penjamin. 3. Pergi la, jalan~~~ ke pejabat pos, bayar 9,000yen kepada pihak sekolah untuk menjadi penjamin saya selama 2 tahun. (Tengok juge, kalau sekolah cekik darah, mahal lagi kut.:shakefist:) 4. Balik, jalan~~~ semula ke sekolah untuk mendapatkan surat sah menjadi penjamin.
  • Kelima
Kamu boleh la suruh orang syarikat rumah itu datang amik kamu, untuk ke pejabat dia dan buat surat perjanjian itu. (boleh je saja-saja nak mengada pergi tengok rumah yang cantik tu dulu..^-^) Pada pengalaman saya, selama menunggu dia menaip, dia suruh wakil syarikat internet datang cerite2 sama saya. Nak langgan rancangan TV berbayar? 4980yen sebulan. Nak buat telefon rumah? 1380yen kut basic plan. Oh, tidak apa.. tak perlu. Yang saya mahu, internet. Kelajuan 30M, 5779yen sebulan. Tapi dia kata, mula bulan 5, boleh upgrade 160M, 6000yen(RM180) sebulan. Boleh lah.. angkut lah.:yay:
  • Ke-enam
-Sampailah kita pada peringkat akhir-akhir, yang macam leceh dan tak best ini. - Benda2 seperti menukar alamat rumah kat majlis perbandaran, syarikat insurans, bank. - Beli barang2 rumah yang tak ada lagi seperti langsir, lampu dan rakan-rakan.. -Perlu telefon orang GAS, (ini saye bernasib baik, orang syarikat rumah itu tolong telefonkan. hehe) - Cari syarikat lori untuk pindah rumah, dalam 30 000yen+ (RM 1k+) lagi banyak barang, lagi jauh, lagi lah mahal. Nasib baiklah tak kene pindah Hokkaido ke, Okinawa ke.. menangis tak berair mata nanti. *Fyi, sekarang ni musim orang pindah rumah. Orang masuk universiti seperti saya, orang tukar kerja baru, graduasi baru dapat kerja.. semua akan mula pada bulan April. Oleh itu, ramai lah yang akan berpindah randah dan bulan Mac akan menjadi waktu yang paling sibuk[dan paling kaya] bagi syarikat2 lori pindah. bulan Mac jugaklah servis mereka paling mahal. Haish!:sweat: Kat sini ada BANYAK pilihan dan servis. Bukan takat penghantaran sahaja, dia sediakan kotak, pembalut, tape, dan kalau anda kaya sikit, boleh je bayar mereka untuk kemaskan semua barang2 itu, untuk anda. (pemalas!T-T) Buat masa ini, saya masih berada di langkah no.5 dan saya tak tahu lagi nak pindah bila. Lepas pegi eropah, atau lepas balik. Barang saya sangat la best jumlahnya.:cry: p/s; Segala apa pengalaman yang ada ni, tak rugi kalau dikongsi. Manalah tahu, nanti2 nak kene rujuk ke, kan? Atau ada junior yang nak cari rumah sendiri ker. Kalau tak pun, sekadar pengetahuan, macam mana la orang kat jepun pindah rumah yer.. :biggrin: *Benda2 macam ini, boleh je jadi sangat huru-hara, stress dan memeningkan kepala. Masalah2 itu akan datang dengan gembirenya dan mengucapkan Hi kepada kita, lepas satu, satu. Tapi kalau kita sentiasa tenang, dan berdoa, Allah yang Maha Esa itu akan permudahkan jalan. Insya'allah. -Sekian-:heart:

2 comments:

Mardhiah S said...

same lah lecehnyer as in korea. im moving soon too.

eh kamu masuk uni mana? still di tokyo kah?

Nadiah Azli said...

Jiran Tokyo, Kanagawa-ken.
Masuk Aoyama Gakuin University,
akan ke Sagamihara kampus.
Naik train dalam 1jam lebih dari Shinjuku.
3rd, 4th year, kene pindah balik main campus dekat Shibuya.
penat2..