Followers

Saturday, March 14, 2009

ND#10 - Rezeki.

Nafhani ada Sukaneka kat sekolah, dan ibu-bapa dijemput hadir. But, none of us went. x-x Dia balik rumah, dengan gold medal. Nampak sangat gembira, tak sabar-sabar nak cerita apa jadi kat sekolah tadi. Hani; "Tadi kan, ada kawan Hani, dia ajak Hani baca doa before start. Dia kata kita kene doa baru boleh dapat first." Saya; "Pastu...?" Hani; " Pastu Hani dapat first, dia dapat third je." Saya;"....ah....." Hani; "Nasib baik Hani tak doa.." "Haaaaaaa???" T-T" Macam mana nak cakap kat budak kecik 7 tahun ni. Rezeki masing-masing itu berbeza. Walaupun budak lain tu dapat third pun, itu adalah untuk dia. Tak semestinya Hani dapat first pun, Hani lebih baik daripada dia. Tapi itu rezeki Hani, Allah nak kasi. Kalau Allah tak kasi, jangan harap la nak dapat. Sebab tu kita kene berdoa. Ada benda yang Allah nak tunjuk. Mungkin bukan pada Hani saja, pada orang lain juga (akak dia punかも) . Macam mana nak cakap kat abang-abang dia yang besar gajah dah. Walaupun macam nak gila pi tuisyen balik tuisyen, kalau tak solat, jangan harap la nak meminta-minta kat Allah nak dapat A. Gig ke sana kemari, kalau tak solat, berkat apa pun tak dapat. Kalau tak ingat kat Allah, macam mana Allah nak ingat pada kita. Tapi rezeki itu Allah dah tentukan. Cuma Allah nak tengok betapa kita ni bersyukur atau tidak. Jangan hanya ingat Allah apabila kita susah sahaja. Mungkin ini adalah perbahasan yang terlalu basic. Tetapi, basic itulah yang membina seseorang. Hikmah. Bagaimana untuk lebih berhikmah apabila berpesan-pesan? Kanak-kanak. Bukan orang tua.

1 comment:

~ShiMa~ said...

hahaha..kelakar nye hani tu....