Followers

Sunday, May 23, 2010

Ummu Imarah

Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah. Nusaibah di Perang Uhud: Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya. Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah. ((Di sini, tibalah peran Nusaibah alias Ummu Imarah. Ia menghunus pedang dan membawa busur panah, lalu bertempur di depan Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam. Ia lepaskan anak panah dan menyerang dengan pedang. Ketika itu, di sekeliling Ummu Imarah terdapat tokoh-tokoh sahabat, semisal Ali bin Abu Thalib, Abu Bakar, Umar, Sa’ad, Thalhah, Az-Zubair, Al-Abbas, anak dan suami Ummu Imarah sendiri. Ummu Imarah unsur paling berpengaruh dan spektakuler. Setiap kali bahaya mengancam Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam, ia langsung menjadi perisai beliau.)) Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua. Nusaibah di Perang Yamamah: Perang terakhir yang diikuti oleh Nusaibah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab. Nusaibah berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya, dia bersujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut. Adakah di antara wanita-wanita zaman kita yang sanggup memainkan peran Ummu Imarah, Ummu Sulaim, Ummu Sa’ad, dan sahabiyat-sahabiyat lainnya? Adakah di antara wanita-wanita kita sekarang yang mau membela agama, akidah, dan Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam dari serangan musuh yang mengarah kepada beliau? Ia membela dan berjihad, demi melindungi beliau dengan lisan, tulisan, dan lain sebagainya! Adakah di antara wanita-wanita kini yang bersedia berbuat seperti itu? Adakah di antara wanita-wanita dewasa ini, yang siap menjadi mitra ayah, atau suami, atau saudara perempuan, atau saudara laki-laki, atau anak-anaknya, di dakwah ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menghadiri forum-forum ulama dan halaqah-halaqah dzikir penuh berkah, memotivasi mereka sabar di jalan dakwah, mengorbankan waktu, tenaga, jabatan, dan harta di amal mulia ini (dakwah)? Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada saudara-saudara muslimah kita tetap dalam kesabaran menghadapi segala ujian, semakin mengokohkan langkahnya dalam Islam, dan setia mendampingi saudara-saudara muslimnya dengan doa, tulisan dan berbagai dukungan lainnya dalam menegakkan dakwah dan Islam. Wallahu a’lamu Bishshawab

No comments: