Followers

Tuesday, May 11, 2010

Programming

-Assalamualaikum- Pertama kalinya saya menitiskan air mata dalam kelas komputer. Sebak tak terkata. Kenapa? Sebab saya tak dapat faham apa yang perlu saya buat dalam kelas itu. Sudah masuk kelas yang ke-5 dan 8 assignment yang telah diberi masih tidak terhantar walau satu pun. Saya sungguh menggemari dengan penuh semangat subjek programming ini. Saya hanya memerlukan sedikit tunjuk ajar masa yang cukup untuk melakukannya sendiri. Sensei hanya berdiri di depan, berpeluk tubuh memegang mikrofon sepanjang kelas. Tidak satu ketika pun dia berhenti mahupun untuk duduk, dan mungkin juga untuk bernafas. Setiap kali kelas berakhir, saya akan pergi bertanyakan seribu satu soalan padanya. Namun, dengan masa rehat antara waktu kelas yang terlalu sangat bangat pendek (5minit), pelajar-pelajar untuk pengajian yang seterusnya sudah memenuhi kelas. Dengan berat hati dan serabut saya meninggalkan kelas dan kitaran ini berlaku setiap minggu. "Sensei, saya tak faham lansung ni," "Awak buat ikut buku teks tu. Lepas itu buat itu, buat ini, buat kasi terbang, lompat-lompat, pusing-pusing, kira sana, kira sini, senang je!" "Dari mana nak mula tu Sensei? Saya perlukan orang untuk ajar saya. Saya tak dapat nak hadam buku teks tu, dan kelas Sensei terlalu sekejap tapi banyak assignment." "Tu la kan. Nak buat macam mana, saya mintak maaf la ya," Terus Sensei itu berlalu melarikan diri dari kelas yang sudah dipenuhi orang.. #Ya Tuhan, dimanakah salahku kali ini? Berilah petunjuk supaya ia dapat dibaikpulih.

5 comments:

Nana said...

programming ek..?

kalo susah nk phm..
hafal je len kali..
xD

Niealex said...

hafal dengan akal, hanya kekal untuk exam,

faham dengan hati, sampai mati pun boleh buat lagi.

=)

Anonymous said...

salam adik, belajar bahase programming ape?

C++, C#, Java, VB, PHP ???

nana, programming xleh Hafal, sebab setiap program adalah idea kiter dan kefahaman kiter tentang program tersebut bukan menghafal.

Anonymous said...

Adik sorry, bukankah ayah adik seorang programmer jugak?

Anonymous said...

salam,

kalau tak leh faham, surf the web. kat internet banyak sumber yang boleh di cari. notes pun ada. just type the key word. usah cepat mengalah. perlu usaha cari ilmu . ia ada di mana2.