Followers

Sunday, May 23, 2010

Coming Soon

Ummu Imarah

Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah. Nusaibah di Perang Uhud: Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya. Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah. ((Di sini, tibalah peran Nusaibah alias Ummu Imarah. Ia menghunus pedang dan membawa busur panah, lalu bertempur di depan Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam. Ia lepaskan anak panah dan menyerang dengan pedang. Ketika itu, di sekeliling Ummu Imarah terdapat tokoh-tokoh sahabat, semisal Ali bin Abu Thalib, Abu Bakar, Umar, Sa’ad, Thalhah, Az-Zubair, Al-Abbas, anak dan suami Ummu Imarah sendiri. Ummu Imarah unsur paling berpengaruh dan spektakuler. Setiap kali bahaya mengancam Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam, ia langsung menjadi perisai beliau.)) Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua. Nusaibah di Perang Yamamah: Perang terakhir yang diikuti oleh Nusaibah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab. Nusaibah berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya, dia bersujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut. Adakah di antara wanita-wanita zaman kita yang sanggup memainkan peran Ummu Imarah, Ummu Sulaim, Ummu Sa’ad, dan sahabiyat-sahabiyat lainnya? Adakah di antara wanita-wanita kita sekarang yang mau membela agama, akidah, dan Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam dari serangan musuh yang mengarah kepada beliau? Ia membela dan berjihad, demi melindungi beliau dengan lisan, tulisan, dan lain sebagainya! Adakah di antara wanita-wanita kini yang bersedia berbuat seperti itu? Adakah di antara wanita-wanita dewasa ini, yang siap menjadi mitra ayah, atau suami, atau saudara perempuan, atau saudara laki-laki, atau anak-anaknya, di dakwah ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menghadiri forum-forum ulama dan halaqah-halaqah dzikir penuh berkah, memotivasi mereka sabar di jalan dakwah, mengorbankan waktu, tenaga, jabatan, dan harta di amal mulia ini (dakwah)? Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada saudara-saudara muslimah kita tetap dalam kesabaran menghadapi segala ujian, semakin mengokohkan langkahnya dalam Islam, dan setia mendampingi saudara-saudara muslimnya dengan doa, tulisan dan berbagai dukungan lainnya dalam menegakkan dakwah dan Islam. Wallahu a’lamu Bishshawab

Tuesday, May 18, 2010

Hati dan Mati.

Kesibukkan itu, telah membunuh hati manusia dengan sejuta alasan. Kesibukkan itu, mencarik hati manusia dengan rakus, lalu ditamakkan dengan ilusi pemikiran yang datang entah dari mana. Kesibukkan itu, melontarkan hati jauh ke lubuk kesunyian, keseorangan, kesepian, dingin lagi kering, terkapai- kapai berpaut pada suara- suara yang membisikkan. Kesibukkan itu, melalaikan hati manusia dengan segala yang sia- sia, sungguh, bagai membilang pasir di pinggiran pantai, hanya menunggu masa mati yang entah kunjung tiba. Kesibukkan itu, mencela hati dengan segala pujuk rayu hiburan dunia, membutakan, tidak terlihat olehnya teman-teman neraka. Kesibukkan itu dipenuhi dengan segala yang sementara, fana' belaka, oh hati, nilaimu dimana? Hati yang terlupa, tidak lagi sedar mengapa ia berada di atas bumi ciptaan Yang Maha Esa. Hati yang gelita, tertutup rapat, lalu dicemari dengan segala macam noda, masih adakah cahaya yang akan bersabar memulihkannya? Aku pasti, sangat pasti, bahwa hati-hati yang mencari, pasti akan menjumpai cita-cita besar yang hakiki. Ya Allah, pemegang kunci pada hati- hati ini, kau peliharalah hati-hati kami dari segala tipu daya duniawi. Engkau! Yang telah menyentuh hati-hati ini, jangan sekali-kali Kau biarkannya pulang semula ke lembah yang hina. Sungguh, aku mohon amat bangat, please--Ya Allah! Hati ini hanya milik-Mu, lalu tetapkanlah ia di jalan-Mu yang lurus. Jalan menuju redhaMu. Jangan di biarnya walau sesaat, tanpa arah tuju. Biarkan segala tautan hidup ini hanya untuk-Mu, Yang Menguasai Segala Sesuatu.

Sunday, May 16, 2010

Anonymous

From now on, I will not allow any Anonymous comments on my page. 迷惑です

Tuesday, May 11, 2010

Programming

-Assalamualaikum- Pertama kalinya saya menitiskan air mata dalam kelas komputer. Sebak tak terkata. Kenapa? Sebab saya tak dapat faham apa yang perlu saya buat dalam kelas itu. Sudah masuk kelas yang ke-5 dan 8 assignment yang telah diberi masih tidak terhantar walau satu pun. Saya sungguh menggemari dengan penuh semangat subjek programming ini. Saya hanya memerlukan sedikit tunjuk ajar masa yang cukup untuk melakukannya sendiri. Sensei hanya berdiri di depan, berpeluk tubuh memegang mikrofon sepanjang kelas. Tidak satu ketika pun dia berhenti mahupun untuk duduk, dan mungkin juga untuk bernafas. Setiap kali kelas berakhir, saya akan pergi bertanyakan seribu satu soalan padanya. Namun, dengan masa rehat antara waktu kelas yang terlalu sangat bangat pendek (5minit), pelajar-pelajar untuk pengajian yang seterusnya sudah memenuhi kelas. Dengan berat hati dan serabut saya meninggalkan kelas dan kitaran ini berlaku setiap minggu. "Sensei, saya tak faham lansung ni," "Awak buat ikut buku teks tu. Lepas itu buat itu, buat ini, buat kasi terbang, lompat-lompat, pusing-pusing, kira sana, kira sini, senang je!" "Dari mana nak mula tu Sensei? Saya perlukan orang untuk ajar saya. Saya tak dapat nak hadam buku teks tu, dan kelas Sensei terlalu sekejap tapi banyak assignment." "Tu la kan. Nak buat macam mana, saya mintak maaf la ya," Terus Sensei itu berlalu melarikan diri dari kelas yang sudah dipenuhi orang.. #Ya Tuhan, dimanakah salahku kali ini? Berilah petunjuk supaya ia dapat dibaikpulih.

Saturday, May 08, 2010

Bicara masadepan? Bhgn 2

Assalamualaikum blog, kabarin anda? Saya sungguh sihat, alhamdulillah sihat jasadnya, akalnya dan rohnya. Kali ini adalah sambungan cerita bhgn 1 beberapa minggu lepas yang tergantung disebabkan oleh........ saya tak rasa macam nak cerita pun sebenarnya. *_*"ふふ〜 tapi, kali ni cerita la. Point penting yang saya ingin tulis disini adalah pandangan saya tentang apa yang saya mahu pada masa saya berbual dengan teman Jepun saya tidak lama dahulu. Jadinya, kalau apa-apa yang berubah sungguh saya akan menyatakan bahawa ini adalah fiksyen lama semata-mata. ^_^* ------------------- "Awak nak tahu saya nak teman hidup saya orang yang macam mana? Walaupun saya kata yang saya tak kesah, tapi saya rasa ialah orang yang paling memilih yang saya kenal", dengan penuh perasaannya saya memulakan explanation yang ditunggu-tunggu. " It doesn't have to be perfect, but I'm not taking chances on mediocre." "Hah? Tak fahamlah...," muka teman saya kerut-kerut bila saya berbahasa orang putih. "Beberapa tahun dulu, saya pernah tulis dalam diari saya, •I'm not gonna simply marry a mediocre, thus I don't want to be one• I want someone who deserves the way I am. Who wants me for my faith, my religion, and my God. If that person can't agree with me on that, he should know that what ever happens, marrying him was my promise to God not him. (If you know what Allah has prepared for a righteous man, you wouldn't know what else to ask for. A place in the garden paradise maybe)," terang saya dalam dua bahasa untuk memudahkan pemahaman dia. Semuanya selepas itu, saya anggap sudah selesai kerana rujukan saya pada setiap satu masalah adalah sama, and I bet you know what that is. (Kalau tak tau kene tanya dak?) Mari kita kembali kepada point utama, iaitu mediocre. Adakah anda tahu apa itu mediocre? Kalau anda pernah belajar EST (English for Science and Technology) dengan tekunnya untuk peperiksaan semata, saya yakin anda tidak ingat. Heh heh heh.. Mediocre tu maksudnya, biasa-biasa aja. Tidak teruk, mahupun hebat. Tidak ada apa-apa yang istimewa. Oleh itu, saya tidak akan memberikan pandangan kedua saya pada yang biasa-biasa. Jangan salah faham, tafsiran biasa-biasa pada saya dan pada kamu mungkin berbeza. Namun, saya akan pastikan yang dia bukan biasa-biasa aja pada pandangan Yang Maha Esa. Saya rasa semua yang kenal saya akan setuju besar yang saya ini sangat aktif orangnya, dan orang yang 'faham' Insyallah tidak akan ada masalah dengan bidang-bidang 'kerja' saya nanti. Mungkin juga kalau kita akan bersama-sama aktif dengan tugas-tugas kita. Akhir sekali, hati saya ini sungguh tetTUTUP pada pembunuh diri, orang yang rendah diri, dan tak sayang diri. Sejujurnya, saya tidak akan memberi peluang kepada penghisap tabacco dan segala yang berkenaan kerana benda-benda itu adalah, HARAM.. Sekian Terima Kasih. Oleh itu, cerita masa depan saya adalah ringkas. Tidak rumit, atau banyak songeh. Tapi saya seperti muslimah yang lain, wants the best that we can get. "Perempuan yang baik untuk lelaki baik" Kalau saya nak orang baik, saya akan gambarimas untuk jadi baiiikk••••