Followers

Monday, April 26, 2010

Bicara masadepan?

Entah mengapa, akhir2 ini saya baru sedar yang bilangan orang yang dah berpasangan di kalangan kami2 ini, dah bertambah. Menjadi tanda tanya juga kalau anak2 akhir zaman sekarang ini menganggap berpacaran itu tidak apa,biasa-biasa aja. Apakah ia sudah menjadi trend yang mendapat sambutan, dan diri ini sudah ketinggalan zaman?Masakah? Oh-tidak! Tapi kali ini saya ingin bicara tentang berpacaran yang sah. Yang for-eternity gitu.. >_<" Rasa pelik sangat bila mendengar ada sahabat2 menyebut,"Suami kita.." atau "Zauj ana..." atau "My husband.." toka.. Biasanya akak2 yang dah tua2 je yang cakap sebegitu. Sedar tak sedar akhir tahun ini saya akan masuk 22. (Bonda kahwin 22!) Masih muda lagi tu.. Belum habis travel around the world pun tau.. ^-^ Saya tak rasa umur itu satu pengukur yang mengatakan kita perlu kahwin bila-bila-dan-bila. Cumanya, macam-macam akan lebih terjaga kalau lebih cepat kita jumpa orang yang "mampu" menjaga kita itu insyaAllah sampai bila-bila. Beberapa hari lalu, seorang teman rapat saya(orang Jepun) bertanyakan tentang perkahwinan. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja persoalan yang boleh dikatakan 'peribadi' seperti ini ditanyakan oleh dia. Orang jepun yang muda2 ini biasanya bukan jenis yang nak ambil tahu tentang hal orang lain. "Nadiah, awak rasa awak nak kahwin bila?" "Ha..?" "Bila sudah tiba masanya, lebih cepat lebih baik," saya jawab dengan segan silu.. *^-^* "Tak apa, awak ada 2 tahun lagi sebelum graduate," (saya sungguh tak mengerti apa yang ingin dia sampaikan kat sini..) "Nanti kalau dah kahwin nanti macam-macam benda awak tak boleh buat, awak tahu kan? Mana lagi tempat yang awak nak pergi tu, baik awak plan betul2 sebelum kahwin" (Dia tahu tentang impian besar saya pergi melawat negeri asing di bumi tuhan ini) Saya jawab, "Kenapa perkahwinan itu bunyinya seperti melepaskan freedom dan cita-cita? Macam akan masuk penjara, dan tak boleh keluar sampai bila-bila," "Saya rasa, kenapa tidak saya kahwin dengan orang yang akan travel dunia ini BERSAMA-SAMA saya. Lagi best, ada kawan" "Mana awak nak tahu kalau dia akan ikut awak dan suka dengan apa yang awak nak buat?" "Saya rasa kita semua akan end-up jadi suri rumah" ~x-x" "Saya rasa semua orang perlu tanya diri masing-masing semasa memilih. Apa yang dia nak. Contohnya la kan, atas sebab apa kita tu nak kahwin dengan dia?" "Sebab awak suka dia lah awak kahwin dengan dia," "Iye ke? Tu je ke..? Tak semestinya.."(saja nak memeningkan kepala dia..memang dia dah pening dah masa tu) "Betul la saya cakap, dia mesti good looking, orangnya baik.." "Hmm.. iye ke, kene ke macam tu?"(hehe.. saya suka melayan kawan yang suka banyak tanya macam dia ini) "Takkan la tak kut! Nadiah, kita tanya betul2 ni la" "Awak nak tahu tak macam mana saya nak pilih nanti..?"
to be continued.. (depends on the comments i'll be getting for this)

3 comments:

Nurul Roddy said...

Assalamualaikum Kak Nadiah..
Serious saya frust.
Sambung cepat-cepat ya :P

Anonymous said...

agreed, it has been a big trend nowadays even in Malaysia. Going to shopping centres and everywhere event in studying places.

by the way, if we want to talk religion and ask people to do or follow or critisize, we have to do it within ourselves or family 1st.

Who knows maybe our close family members (brothers and sisters) are doing this?? Allah knows
*bercouple and berpeluk dan berpegang tangan di public

Nana said...

saya pula yg confius ble baca..
CPT CPT CPT..
sambungan!!
org disini menunggu!!!