Followers

Friday, December 19, 2008

Kita

Apa yang membandingkan kita dengan segala macam kehidupan lain yang ada dalam alam semesta ini? MANUSIA vs HAIWAN,TUMBUHAN, JIN dll Allah s.w.t dengan 特別(specialnya)nya memberikan ROH kepada kita, which others don't have. Kelebihan ROH tu hanya diberikan pada manusia sahaja. Oleh itu, ROH itu sangat mulia pada 'pandangan' Allah s.w.t. Dia tidak pernah 'memandang' pada jasad. -Walau dirimu putih, hitam, negro, Japanese, mahupun mat salleh, tidak ada bezanya pada Allah. -Walau perbezaanmu pada darjat dan kedudukanmu, kelebihanmu yang jasadi, hensem-lawa dan sebagainya, tak memberi sedikit pun kelebihan pada dirimu itu. -Walau dirimu belajar di seberang laut, India, Rusia, Amerika, mahupun di tanah air juga tidak ada membezakan dirimu dengan yang lain, kerana Allah membezakan manusia dengan imannya; dengan aqidahnya.
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ ۥ سَـٰجِدِينَ
29. “Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan padanya roh ciptaan-Ku, maka rebahkanlah diri kamu sujud kepada-Nya.” (Surah al-Hijr) Disebabkan kita ada 'ROH' itulah, Allah telah 特別に(specialnya) melantik kita jadi khalifah(wakil) kat muka bumi ni.
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ
30. “Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” (Surah al-Baqarah) DAN...... disebabkan itu jugalah, Allah dah 'siapkan' semua benda kat bumi ni untuk kita. untuk kegunaan kita.
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ
29. “Dialah yang telah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah) じゃ~何をすればいいだろう? So, mengetahui ini, nak buat apa yek? =) #Ahh... bestnya when everything makes perfect sense perfectly. ^-^*

No comments: