Followers

Friday, October 01, 2010

Kehidupan

Subhanallah, pejam celik pejam celik, dah dekat sebulan post terakhir jadi muka depan blog. Afwan ya teman-teman. Itu pun kalau ada yang tertunggu-tunggu la kan.. =) Penat lelah kat Malaysia rasa macam tak hilang-hilang lagi. Rindu pulak kesibukan melayan adik-adik; 24 jam tak berhenti, apatah lagi nak duduk depan komputer menulis blog. Sekembalinya ke Jepun, hidup ini rasa macam dah beratus-ratus degree berubah. Selepas pemergian Kak Raihan ke rahmatullah bulan Ramadhan lepas, banyak jugak berfikir-fikir tentang hidup dan mati. Itulah hikmahnya kematian; supaya jadi peringatan pada yang masih hidup.

"A month ago, she was here with us, married for less than a year, and 5 months pregnant. Her husband's apple of the eye, and our big sister that taught us the life in the path of Allah. But life is nothing but a test, for her, her husband, and everyone around her. She left all of us with the baby that we yet to meet. Why now? If she's going to die this early, what' s with the baby? and getting married? or even the hardship of 4 years studying in Japan? It all seems a waste of time. Yes. How life sounds very unfair for the unbelievers." - TDH

Hidup adalah UJIAN semata-mata dari Allah untuk manusia di dunia ini. Kehidupan kita hari ini bukanlah untuk dunia yang fana. Ingatlah semula tujuan hidup kita wahai manusia. Esok mungkin hari terakhir kita mencari-cari rahmat Allah di muka bumi.

Orang-orang beriman, hidupnya tidak untuk hidup. Tapi hidupnya untuk Maha Hidup. Hidupnya bukan untuk mati, tapi justeru, mati itulah untuk hidup. Hidupnya untuk Maha Hidup. Dia tidak takut mati. Dia tidak cari mati. Dan ia tidak lupakan mati, tapi justeru dia rindukan mati. Mengapa? Kerna mati bukanlah wafat. Kerna mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini, tapi awal kehidupan sebenarnya. Kerna mati, satu-satunya pintu berjumpa denganNya. Kebahagiaan bagi kekasih, saat-saat, detik-detik, berjumpa denganNya. Saat berjumpa, itulah kebahagiaan. Bagi orang-orang beriman yang mencintai Allah.

-Ust. Ariffin Ilham

Terngian-ngiang ucapan ust. Ariffin dalam mp3nya. Betul2.. diri ini tak berhenti-henti mengangguk, tersenyum-senyum kalau mahu memikirkan betapa hebatnya kasih sayang Allah, rahmat Allah, dan syurga Allah di sana nanti.

Post-box rumah penuh dengan iklan segala macam. Yang tak boleh sumbat, disumbatnya jugak dengan kertas-kertas iklan sampai meluah-luah keluar. Untuk apa ini? Ditelili satu pesatu tujuan hidup manusia di bumi matahari terbit.

Makanan. Makanan, yang lebih sedap. Yang lebih baik. Makanan dari seluruh pelusuk dunia, semuanya ada. Sampai mana sangat perut ini boleh di-isi? Pengakhirannya ke tandas juga.

Hiburan+ Gadget. Televisyen, cerita lawak, drama terbaru, movie terbaru, lagu terbaru. Artis-artis terbaru, sana dan sini. Game terbaru. Camera terbaru, telefon terbaru. Nak tengok mana sangat? Nak mainnya lagi, nak keep-updated sampai mana sangat?

Fesyen. Ini jangan cakap. Iklan baju sahaja dah boleh penuh satu beg kertas. Iklan kasut lagi, aksesori lagi. Perempuan lelaki, sama. Berapa banyak baju nak pakai dah..

Kecantikan. Special discount untuk program kelansingan. Kasi sini kurus, sana kurus, muka pun nak kurus. Tak payah makan la kalau lagu tu. Sini nak cabut, sana nak cabut. Habis semua kasi cabut.

Personally, saya ini tak adalah zuhud mana. Tapi hidup manusia ni, kalau tak berpada-pada, kalau tak sederhana, takut lemas duniawi saja nanti. Nauzubillah.

Semenjak seminggu bertapak di rumah, suis televisyen pun tak dicucuk lagi. Arialnya entah kemana. Terfikir-fikir jugak, apa-apa di televisyen tu tak lari punya. Sampai manalah sangat nak ikut.

-Kepada Arashi, "Life goes on. I'm moving on."

Banyak tanggungjawab hidup ini tak selesai lagi, kalau-kalau lah Allah nak tarik nyawa ini esok. Mudah-mudahan, nyawa yang masih ada ini kita guna sebaik mungkin, insyaAllah.

wallahualam. <3

2 comments:

Liyana said...

salam nea. lama tak bertegur sapa. ingat lagi ke? kita pernah jumpa konsis few years back tak ingat tahun bila. dekat serdang.

semoga terus tsabat!

nadhirah said...

Salam. My condolences to your sister/friend who passed away. Be patient and Allah will reward you. Know that you are blessed because you still have the mind to reflect back and feel insaf over what happened.