Followers

Sunday, September 05, 2010

SP#4 Berebut pahala

Berebut pahala puasa?  Mak saya  cerita, masa kat mekah haritu, ada orang akan berebut menarik anda supaya berbuka puasa di tempat yang mereka sediakan untuk berbuka. Lebih ramai orang berbuka dengan makanan yang mereka provide, apalagi, lebihlah pahala yang dapat diorang kumpul. Sebab dalam masjid tak boleh bawak makanan sendiri, semua orang makan makanan yang sama yang masjid sediakan.  So, bila ada yang terlepas bawak own food, apalagi, extra pahala la! Sebab pahala sangat banyak berganda-ganda kalau beri makan pada orang yang sedang berpuasa demi Tuhan Yang Maha Esa. Sebab tu la better kita  buat SELALU majlis berbuka untuk orang yang berpuasa dari buat open house belanja beribu-ribu untuk hari raya. Kalau kita belanja kawan kita makan untuk berbuka pun, masyaAllah pahala puasa dia pun dapat kat kita tanpa sedikit pun pahala puasa kita berkurangan. Hebatkan?  Kedai-kedai menjual makanan kat sana pulak, menarik orang ramai  beli makanan kat kedai mereka supaya boleh disedekahkan pada orang laim yang sedang berpuasa. "Pahala!,  pahala!", orang kedai seperti memanggil-manggil. Bulan Ramadhan la kedai2 makan nak rebut pahala. Bukannya rebut untung semata! Oih, kalau bukak gerai kat bazaar Ramadhan, sure untung banyak dapat beli baju raya exta tahun ni. Mokuteki short-term deshou?  Ramadhan ni bulan yang sangat awesome. Buat apa2 pun Allah gandakan kebaikan. Tapi kalau dosa, takdela pulak Allah gandakan sampai jadi ribu-ribu kali ganda negatif. Baik je Allah kat kita. So, dekat2 nak habis Ramadhan ni? Apa benda yang kita dah buat, special lagi dari hari2 biasa kita? Insyaallah kalau benda baik, boleh la kita heret buat sampai our next Ramadhan. (tu pun belum tentu ek? Insyallah..) P/s: dalam dekat2 nak raya ni makin sedih pulak Ramadhan dh nak habis. At the same time, makin pendek la masa tinggal kat Malaysia ni, makin pendek la masa tinggal tuk spend time ngan family. Aduh, dah sebak-sebak dah nih.. (−_−;)

1 comment:

a.N.a.n.i.S.a.' said...

allahumma bariklana fi ramadhan wabalighna ramadhan..

yaALLAH kau berkatilah kami di bulan ramadhan dan sampaikanlah kami pada ramadhan yg akn dtg..

semoga kita mendpt peluang bertemu kembali ramadhan..

saya suka blog awk..

kalau x kbrtn follow la blog saya..