Followers

Tuesday, August 25, 2009

Selepas 3 minggu.

Pagi ini akan bertolak pulang semula ke Malaysia, setelah seminggu berhempas pulas membawa ayah berjalan-jalan di Jepun.Tak sabar rasanya nak sampai rumah, dan goyang kaki di depan tv. Tapi angan-angan saja- kali ini kerana perlu bawak rakan-rakan Jepun pula pusing Malaysia. Malam ini tak tidur lagi la nampaknya kalau nak sempat kejar kereta-api jam 8 pagi. Teringat waktu dengan Iman, 'bermalam' di karaoke-kan takut terlepas densya(train). Ayah dah lama tidur. Penat. Memang penat pun. Selepas buka puasa di kedai sushi depan rumah tadi, selepas isyak kami terus ke Shibuya. Nak melihat sendiri X crossing kata ayah. Tempat dimana ribuan manusia melintas jalan. Tempat dimana bonda pernah tinggal satu ketika dulu. Tempat dimana saya akan meneruskan pelajaran untuk 2 tahun terakhir di sini. Berkejar kesana kemari, namun masa tak mengizinkan ayah pergi ke Tsukiji-ichiba. Pasar borong ikan terbesar didunia. Susah nak biarkan ayah pergi seorang diri. Ini Jepun. Terasa bertanggungjawab kerana dia berada disini, kerana saya. Masa tak mengizinkan saya untuk bertemu rakan2 seperjuangan di Omiya hari ini. Hati terasa sungguh berat. Bila lagi..? Bila lagi..? Ayah, mungkin akan kesini lagi, atau mungkin tidak. Lepas ini, perlu bawa bonda pula melawat tanah tempat tinggal anakandanya ini. Teratak jepun, yang dikelilingi orang-orang yang sungguh tak terbuka pemikirannya. Bersabarlah.. masih ada lagi satu tahun untuk menyelami mereka, dan untuk mereka memahami orang asing seperti kami. 3minggu sudah berakhir sekelip mata. Cuti sekolah, tolonglah jangan habis kerana saya mahu merantau. Ucapkan salam pada Australia selepas satu minggu lagi. =)