Wednesday, January 14, 2009
Maafkan aku.
Maafkan aku,
aku malu.
Berkali - kali..
terpaksa aku memalingkan kepalaku,
memejamkankan mataku,
menutup telingaku,
membayangkan semua ini hanya sementara,
hanya mimpi,
tidak sanggupku melihat mu.
Dosaku dimanakah cuba ku sembunyikan?
Pengetahuanku,
sampai di sini sahaja.
Tanggungjawabku,
tak pernah terlaksana.
dan kau,
terus menerus disiksa.
Dosaku dimanakah cuba ku sembunyikan?
Dibelenggu dengan dunia yang indah,
dibelenggu dengan kegagalan,
tergapai gapai,
aku lemas.
Kemaafan ini, pedulikan.
aku akan sentiasa malu melihatmu.
Malu pada diriku sendiri.
Dan kau,
bangunlah.
carilah semula cahaya itu.
Ia sentiasa ada,
cuma kau perlu membersihkan hatimu.
Hentikan pergantungan mu pada mereka,
pada yang sementara.
Kerna dunia, adalah permainan semata,
jangan sekali kali kau terpedaya.
Dan kita,
perlu menebus dosa - dosa itu.
Membersihkan kenodaan bumi ini,
bersama - sama.
Aku dengan caraku,
dan kau dengan caramu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment