Followers

Thursday, June 10, 2010

Apabila mereka..

Tuhan Marahkah Kau Padaku Inikah Akhir Duniaku Kau Hempaskan Jarimu Di Ujung Banda Tercenganglah Seluruh Dunia Tuhan Mungkin Kau Abaikan Tak ku Dengarkan Peringatan Kusakiti Engkau Sampai Perut Bumi Maafkan Kami Ya Robbi Engkau Yang Perkasa Pemilik Semesta Biarkanlah Kami Songsong Matahari Engkau Yang Pengasih Ampunilah Dosa Memang Semua ini Kesalahan Kami Oh Tuhan Ampuni Kami Ouoh Tuhan Tolonglah Kami Tuhan Ampuni Kami Tuhan Tolonglah Kami
Allah s.w.t itu Maha Berkuasa untuk menarik semula segala apa yang dimilikiNya dimuka bumi ini. Nyawa kita adalah milik Allah. Kita mempersembahkan nyawa ini hanya untuk Allah. Dia yang menjadikan kita, dan kita akan kembali juga padaNya.
Tapi, sejauh mana, sehebat mana kita telah memperguna nyawa ini? Seharian, kita menunggu waktu, sia-sia, entah buat apa. "Productivity level - ZERO" Mengapa susah-susah Tuhan menjadikan kita. Untuk apa hidup kalau hanya makan dan tidur. Sungguh, beraninya kita mengucapkan janji-janji manis apabila bersua denganNya.
إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin "Sesungguhnya shalat, ibadat, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, [6:162]
Beraninya kita meminta-minta apabila kita dalam kesusahan? Kita tersedar, selepas dijentik Tuhan. Kita merasa sakit, dan tak berdaya, lalu terus lemah melutut meminta keampunan, dan pertolongan. Kerana kita tahu, Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang; dan tika manusia bertaubat itulah saat paling dekat hatinya dengan Tuhan.
Namun. Tuhan itu tahu.
Siapa yang akan pergi, hilang bermain-main dengan dunia bila doanya dimakbulkan. Siapa yang akan terus lupa, detik dia mendapat kegembiraan. Sungguh, manusia itu sangat hina apabila dia lalai.
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah."[2:286]
Yang tersedar, lalu dia berdoa lagi, meminta diampunkan. Minta diikat sama Tuhan supaya dia tidak lemas lagi dengan ombak duniawi. Aku juga begitu. Aku juga menangis meminta-minta. Aku juga meletakkan hidungku pada tanah yang dipijak oleh kaki-kaki manusia, mahupun binatang di jalanan. Aku juga hina. Namun, aku tidak mahu lagi menjadi diriku yang biasa-biasa aja. Biasa-biasa tidak mencukupi untuk menarik pandangan Tuhan padaku. Biar aku dinilai oleh yang diatas sana, bukan manusia yang matipun entah bila.
Apabila mereka, diuji dengan kuasa Tuhan, ujian itu bukan hanya untuk mereka. Tapi teguran, buat kita yang masih ada. Sedar atau tidak, agama Tuhan itu tak bisa difikir dengan logik, mahupun alasan saintifik. Islam itu adalah untuk, hati-hati insan yang mencari Tuhannya, dalam diri mereka.
Aku yang lemah mencari kekuatan dari Yang Maha Esa. Menagih rindu dan kasih sayang dari semua. dan dari bonda yang 7 hours flight jauh, 3ribu ringgit belanjanya.

No comments: