Saturday, August 18, 2007
Negaraku. bukan Negarakuku
Dalam masa 2minggu lagi, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yg ke-50.
Entah kenapa, saya amat merindui tanah air saya. Malaysia, tetap Malaysia.
Jalur Gemilang, lagu kemerdekaan oleh Sudirman.. sejarah perjuangan. Semangat itu sentiasa ada. Saya anak Malaysia yang membawa nama Malaysia di bumi matahari terbit ini. Belum setahun pun saya tinggalkan Malaysia, tapi selalu saja rasa nak balik. Mungkin sebab baru lagi.
Baru saja tadi tengok Majalah 3 dekat worldip.tv. Tajuk utama; musim durian. Dengan ragam-ragam orang dusun mengutip durian, orang makan durian.. Lagi la rasa kemaruk nak balik. Dengan musim panas yang membakar, teringin sangat nak makan tembikai dengan sepuas hati.. Tembikai kat sini, saiz pun seciput, harga dekat 30 ringgit sebiji. Lagi-lagi makanan, sangatlah mahal. Bumi Malaysia sangat beruntung. Kenapa masih ada lagi rakyatnya yang susah sangat nak bersyukur?
Kalau tak silap, Malaysia pernah riuh seketika dengan nama Namewee. Pelajar Malaysia di Taiwan yang mengutuk Malaysia dengan sesedap mulut. Demokrasi bersuara katanya.. Tak tahu lah, setahu saya, 'You cant see the picture when you're inside the frame' memberikan gambaran yang lain. Sebagai pelajar Malaysia di luar negara , saya menjadi semakin bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Entah apalah yang dia pikir dalam kepala dia, saya tak tahu la.
Kalau Taiwan tu best sangat, tak payah balik pun tak pa.
Di semua negara, masalah sentiasa ada. Pemikir- pemikir yang sentiasa sibuk mencari penyelesaian, tak kurang juga dengan orang- orang yang selalu sahaja nak membantah (tapi tak buat apa-apa) dan orang yang busuk hati. Manusia, macam - macam perangai. Oleh itu, kepada yang boleh berfikir dengan waras, marilah jadi seperti pemikir- pemikir. Kita tak perlukan orang yang datang dengan masalah ( dan suka memburukkan masalah). Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita akan memerlukan masing- masing. Untuk hidup. Kamu orang Cina ka, India ke, Iban ke.. Semua pun dah menjadi rakyat Malaysia. Bayangkan kalau kamu tidak ada kewarganegaraan. Kenapa? Lagi suka mahu menjadi rakyat negara lain kah? Pergi la. Dipersilakan. Tapi kalau kamu masih rakyat Malaysia, hargailah apa yang kamu ada. Saya suka hidup berbilang kaum. Mengapa tidak kamu? "Sesuatu yang kita semua patut banggakan."
Saya, sentiasa akan mencintai tanah tumpah darah saya. Agama saya. Bahasa saya. Adat saya.
Negara saya.
"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alhamdulillah, bilamana anak bagsa di rantauan tak lupa jati diri, tak lupa tanah air. malaysia sememangnya tanah bertuah. sejarah membuktikan segalanya, tanah jadi rebutan ramai, sultan dan ketuanan turunan ahlul bait.. tapi bagaimana malaysia hari ini? masihkah berpegang adat?adat yang bersandarkan syarak? masih kukuhkah iman pemimpinnya dan penghuninya..?
tepuk dada tanya selera...
this is a very meaningful post. u made me think.
alot of malaysians arent thankful enough.
humans.
Post a Comment