Followers

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Twist.

Assalamualaikum wbt,

Sudah 20 hari Ramadhan berlalu. Sekejap sangat rasanya. Pejam celik. Pejam celik.


Puasa di perantaun.

Kalau selama dekat 6 tahun di Jepun merasai suasana Ramadhan yang biasanya hanya dirasakan ketika bertapak ke Masjid Otsuka / Jami di Tokyo dengan rutin iftar, iktikaf, kelas, iftar, iktikaf, kelas, tahun pertama di Kerteh ini terasa semangat yang suam-suam luar biasa.


Kalau dulu, kita seorang yang puasa.
Tapi sekarang, masih terasa juga seperti kita seorang yang puasa walaupun memangla tak nampak orang makan. Semangat 'puasa' tak ada. Atau orang berpuasa di sini memang tak ada semangat?


Kalau dulu, walaupun berbuka lebih awal atau lebih lambat, lapar dan dahaga masih terasa, tapi sedar - sedar dah nak maghrib. Solat, baru cari makanan berat. Tak sempat nak merungut lapar.
Tapi sekarang, pukul 11 pagi ada yang dah ucap "Selamat Berbuka Puasa". Agenda pukul 12, "Buka puasa nak makan apa? Makan di mana?".


Kalau dulu, rakan-rakan batch berebut nak belanja berbuka.
Tapi sekarang, masing-masing ke bazaar mencari makanan berbuka sendiri.


Kalau dulu, berebut - rebut memenuhkan tong derma untuk Palestine. Derma program. Derma anak.
Tapi sekarang, berminggu - minggu sudah berlalu, tong derma masih kosong, pamphlete derma tak berkurang walau sekeping.


Surau bergelimpangan dengan orang tidur. Tak apa. Saya pun tidur. Tapi tak pernah nampak lagi orang bertilawah kalau bukan sekali. Mungkin semalaman mereka berjaga, ber-qiam.


Situasi ini hanyalah secara general dikalangan masyarakat setempat.
Mungkin ramai yang membuat kebaikan diam - diam ubi.
Lebih baik. Lebih baik.



Kenapa ya? Apa sebenarnya suasana Ramadhan yang di cari sebenarnya?


Biah solehah di kalangan penggerak dakwah.
Alhamdulillah


Bila housemate sejak dari malam pertama Ramadhan dah semangat bertilawah mengejar dua kali khatam, kita yang tak pernah berjaya saban tahun ni rasa ada la peluang walau sekali.


Tak pernah lagi tinggal, sehari satu juzuk.


Setiap masa fikir. Bila boleh curi masa di siang hari nak habiskan satu juzuk? Semasa menunggu waktu solat? Tunggu orang datang meeting? Tunggu waktu pulang? Semasa tumpang kereta orang ? Kepala sentiasa sibuk mencari jalan.


Lepas kerja bergegas ke rumah Kak Ju, menempel tolong - tolong membuat kuih raya walaupun selalunya tak sempat nak tolong sebab sampai - sampai, dah proses mengemas. =3


Bila makcik - makcik usrah rajin mengajak sama-sama berbuka di rumah mereka, surau pun ada buat iftar (buka puasa), tak ter pergi bazaar ramadhan yang belambak - lambak di rumah.


Sehingga sekarang, baru masak sekali di rumah. Untuk semua orang makan.


Banyak aktiviti - aktiviti setiap hujung minggu Ramadhan. Gotong - royong, program 3R untuk remaja, Palestine talk. majlis dengan orang - orang miskin tempatan. Sentiasa sibuk dan menyibukkan diri. Ada saja Iftar Perdana di sana sini. Tak terkejar kalendar 30 hari membuat kebajikan. Oi! Sempat ke?



Saki-baki Ramadhan

Betul ke saki baki? atau final stage sebelum kita boleh raikan kejayaan menawan hawa nafsu dan shahwat?

Berjaya khatam 30 juzuk kalau 30 juzuk itulah yang kita sasarkan?

Berjaya hafal 4 surah baru kalau itu target yang nak dicapai?

Kering poket kita pada tabung - tabung atau pada cashier semata - mata untuk keperluan perut dan badan sendiri ?

Jom jadi manusia yang tamakkan pahala dan redha Allah. Tak pernah merasa cukup, berlumba - lumba nak buat baik.






"Kun mutamayyizan fi syahril mutamayyiz!”
Jadilah kamu seorang yg ISTIMEWA di dlm bulan yg penuh dgn keistimewaan


JOM!lah cari Lailatul Qadr. JOM!lah untuk 10 hari sahaja lagi. Bangun!lah dari tidur yang lena.


Kepada teman - teman yang pernah berkata,


"Alah, solat sunat je pun. Bukan wajib!"


Cuba tanya diri tu balik,

"Eh, rasa macam diri ni dah confirm jadi ahli syurga ke?"


Kalau anda yakin. Teruskan duduk anda yang kadang selesa, kadang tersesak dada itu.



Sekian,
selamat bermunajat wahai para sahabat yang cintakan keredhaan Allah.



No comments: