Followers

Thursday, September 29, 2011

Learning from changes

Assalamualaikum,

MasyaAllah. Tidak ku tahu ada beberapa kakak-kakak senior sudah pulang ke Malaysia (for good) membawa anak-anak yang comel bersama-sama mereka. Teringat lagi, jika golongan ummi dan abi ini ber-meeting, pasti akan dipanggil untuk menolong menjaga anak-anak kecil itu. Terasa kehilangan sebentar kerana daurah sudah tidak lagi bingit dengan teriakan ceria. 

Tapi Allah itu Maha awesome (boleh ke cakap macam ni? ^-^"). Sekembalinya dari Malaysia, tajuk utama dalam group message di iPhone adalah... 3 orang kakak sudah mengandung! Tersengih-sengih semua membaca berita gembira ini. 

Since it's the last day of Syawal, I've decided to pay one of them a visit. Ku gagahkan juga keluar ke rumah dengan cuaca yang pelik ini. [Jepun sedang mengalami perubahan cuaca; sekejap panas yang teramat macam summer, sekejap sejuk menggigil sampai ber-stokin berjaket dalam rumah sampai perlu pasang heater. Satu lagi perubahan ] Apabila terjadi begini, senang demam, asyik pening kepala, dan rasa layu sangat.

Keterujaan menziarahi ibu yang menjadi tempat bergantung tarbiyyah ku selama disini, dan future-mak-beranak-dua ini meluap-luap. Padahal baru sahaja jumpa, sama flight masa balik ke Jepun hari tu. Tapi kali ini, baru ku tahu! ada baby baru!

Dalam perjalanan, terasa pelik seketika memerhati sekeliling.

Berubah. Perasaan sudah berubah.

Tidak lagi ku lihat mereka dengan hati yang serupa sebelum ku tinggalkan bandar ini beberapa bulan lalu. Jelik. Terlalu jelik memikirkan apa yang telah terjadi. Baru tersedar bagai ditampar-diteleng.

Kaum Muslimin sepatutnya idak memberikan wala’ (kedekatan, loyalitas, kesetiaan) dan kecintaan kepada orang kafir. Allah Ta’ala berfirman :


لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ


“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman akrab, pemimpin, pelindung, penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin.” (Qs. Ali Imran : 28)


Taken from; Batasan Bermuamalah dengan Orang Kafir

Walaupun  tanggungjawab membawa ad-deen di muka bumi ini masih bergayut-gayut banyaknya, perlu ada batasan-batasan pergaualan antara kita dengan orang kafir. Regardless of them being very nice, and harmonious.

But why so negative? Hmm.. buku cerita dah tutup. haha.  Learned my lesson in a very hard way. No turning back. =_=

Anyway, orang mengandung ni rupa-rupanya sangat sensitif pada bau (ingatkan saya sorang saja. padahal tak mengandung pun. ^-^") Sampai masuk dapur, bukak peti ais pun sang ibu terpaksa menutup hidung dengan baju, kalau tidak, face-mask. Namun di gagahinya kerana anak tersayang dan suami tercinta. (hihi.. ayat berbunga..)

Lalu, pertama kali diri ini mengunjung rumah orang, lalu mencuci peti-ais dan memasak dinner untuk family nya. Semangat bukan main. MasyaAllah. Ya ukhti out there. Cubatry. Ke, kisah-kisah anda lebih hebat?


Banyak benda yang akan berubah; new environment especially. It'll take a while for anyone to adapt, and of course we'll learn. May Allah guide us through.

No comments: