Followers

Thursday, March 26, 2009

Hooooraaaayyyyy!!

Sebelum saya meng-update kan JD saya, saya ingin memberitahu bahawa program OBS saya di Lumut, Perak yang sepatutnya mula esok telah di-cancel~!! ^-^v One extra week to spend with the family! Mummy kata, "Yay! ada teman pi shopping!". "Yay! Dapat pi family day hujung minggu ni," "Yay! Dapat experience Earth Day 28hb nanti,". Macam dah ditakdirkan. Saya tak sempat pergi buat medical check-up untuk program tu. Memang last minute betul. Ingat pukul 8 pagi esok nak pi pederas(dalam loghat kedah bermaksud run to) -kut.. ke klinik kat Twin Tower Petronas tu saja. Sebab tak cukup peserta, OBS dibatalkan. Taktau la bila lagi kami nak buat. Mungkin summer depan, atau mungkin takkan lansung. One extra week. daiji ni shitai. taisetsu ni shitai. #laptop hilang. tak tau kat mana. can't type in japanese anymore. pakai macbook ayah saja.

Wednesday, March 18, 2009

Jakarta Diary - JD

Kami baru sampai di Jakarta. Yet, happiness didnt last that long. Sesampai kami di imigresen, ada masalah dengan borang yang perlu di isi. Since we were the last one who got down from the plane, we had no rushing-with-others problem. But, some of the officers took one of our bag. Our camera bag. Our SLR camera bag, and no one confessed of doing so. Ni baru imigresen. Belum ambil beg lagi. Belum keluar kastam lagi. Belum keluar airport lagi. Dah jadi macam ni. Jakarta. Sungguh, aku tidak mahu membenci. bandar yang baru hendak ku kenali. Sungguh, ada sesuatu yang tuhan mahu ajarkan padaku hari ini. Oh, Jakarta. Takut aku memikirkan apa yang akan kau sediakan untuk aku. for the next 7 days. for the next one week. Tolongggglah pulangkan semula camera kami itu. Not so much of kebendaan, but the memories in there are rather priceless... p/s; camera tu pun bukan kami yang punyaaaa!!

Tuesday, March 17, 2009

ND#... Lagi dan lagi.

Bonda pergi outstation lagi. Kali ini ke Kelantan pula. Semalam baru saja ambil ayah dan Naim dari airport (mereka buat IT training untuk orang-orang di Tawau selama seminggu). Memandu ke KLIA terasa seperti berjam-jam lamanya tak sampai-sampai. Saya yang sekarang ini sudah menjadi kurang upaya( jari hantu-manis-kelingking tangan kanan saya buat sementara ini menjadi "tidak berfungsi" akibat kecelakaan yang tidak dapat dielakkan) menyebabkan saya memandu hanya dengan satu tangan. Amazing. hehe.. Memang tangan kanan ini semuanya sudah "berehat". (Nasib baikla kidal..) Ada hikmahnya. Saya jadi big boss sekejap. Tidak boleh cuci pinggan dah, lipat baju dah, dan segala kerja rumah yang memerlukan kedua-dua belah tangan. Minta simpati saja pada budak-budak ini. Bukan tak boleh buat sendiri, mengada-ada tak nak buat. Semakin tensi rasanya sebab tak dapat nak memahami bahasa bayi dengan lebih baik. Kali ini, bonda tinggalkan Nafeesa di rumah. Susu pun memilih. Sekejap nak sejuk, sekejap nak panas... baru umur satu tahun! Si kakaknya yang 4 tahun pula, "Susu ni bukan susu kita. Rasa lain la. Takmau! Nadiah tipu ni." T-T" Hiishhh.. budak kecik ni. Esok, saya berangkat ke Jakarta bersama Naim (adik bawah saya). Tinggal la yang lain semua di rumah tanpa bondanya. Adik no.3 dah hilang tak tau kemana. Pandai-pandai la jaga diri masing-masing yang lain-lain tu esok. Eleh, macam tak biasa je. ^-^" #Kenapa tiba-tiba rasa sedih macam nak balik semula ke Nihon dah.. iya da~!

Saturday, March 14, 2009

ND#10 - Rezeki.

Nafhani ada Sukaneka kat sekolah, dan ibu-bapa dijemput hadir. But, none of us went. x-x Dia balik rumah, dengan gold medal. Nampak sangat gembira, tak sabar-sabar nak cerita apa jadi kat sekolah tadi. Hani; "Tadi kan, ada kawan Hani, dia ajak Hani baca doa before start. Dia kata kita kene doa baru boleh dapat first." Saya; "Pastu...?" Hani; " Pastu Hani dapat first, dia dapat third je." Saya;"....ah....." Hani; "Nasib baik Hani tak doa.." "Haaaaaaa???" T-T" Macam mana nak cakap kat budak kecik 7 tahun ni. Rezeki masing-masing itu berbeza. Walaupun budak lain tu dapat third pun, itu adalah untuk dia. Tak semestinya Hani dapat first pun, Hani lebih baik daripada dia. Tapi itu rezeki Hani, Allah nak kasi. Kalau Allah tak kasi, jangan harap la nak dapat. Sebab tu kita kene berdoa. Ada benda yang Allah nak tunjuk. Mungkin bukan pada Hani saja, pada orang lain juga (akak dia punかも) . Macam mana nak cakap kat abang-abang dia yang besar gajah dah. Walaupun macam nak gila pi tuisyen balik tuisyen, kalau tak solat, jangan harap la nak meminta-minta kat Allah nak dapat A. Gig ke sana kemari, kalau tak solat, berkat apa pun tak dapat. Kalau tak ingat kat Allah, macam mana Allah nak ingat pada kita. Tapi rezeki itu Allah dah tentukan. Cuma Allah nak tengok betapa kita ni bersyukur atau tidak. Jangan hanya ingat Allah apabila kita susah sahaja. Mungkin ini adalah perbahasan yang terlalu basic. Tetapi, basic itulah yang membina seseorang. Hikmah. Bagaimana untuk lebih berhikmah apabila berpesan-pesan? Kanak-kanak. Bukan orang tua.